SEIRING pembanguan jenama Xperia, syarikat pembangun telefon bimbit pintar tersebut, Sony Ericsson baru-baru ini memperkenalkan pula model Xperia Sola.
Menggunakan teknologi 'sentuhan terapung' untuk antara muka skrin sentuh, ia membolehkan pengguna mengawal kursor dengan mudah tanpa menyentuh skrin telefon.
Menerusi teknologi tersebut, pautan yang diingini akan disambung dengan mudah dan pantas melalui fungsi perisian dikemas kini.
Menurut Pengurus Sony Mobile Communications bagi Pasaran Asia Tenggara, Ola Lilja Molen, model terbaru itu dipacu oleh aplikasi NFC Xperia SmartTags dengan enjin paparan realiti Mobile BRAVIA, xLOUD serta teknologi bunyi keliling tiga dimensi (3D).
"Selain itu, ia turut dilengkapi sistem pemproses dua teras bagi memberikan kepuasan capaian pantas.
"Model ini sesuai untuk pengguna yang inginkan akses terbaik hiburan menerusi telefon bimbit pintar dan inovatif," katanya.
Xperia Sola turut disempurnakan bersama keupayaan hiburan maksimum serta rekaan kompak dan ringkas.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: