Thursday, May 3, 2012

Penerbit tuntut stesen TV naikkan bayaran


SEBAHAGIAN daripada penerbit dan artis yang menuntut stesen televisyen swasta menaikkan kadar bayaran kepada mereka di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTM) memberi tempoh dua minggu kepada semua stesen televisyen swasta agar menaikkan kadar bayaran kepada penerbit drama dan telefilem tempatan sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus.

Presidennya, Jurey Latiff Mohd. Rosli berkata, selama 17 tahun bayaran kepada penerbit tidak pernah dinaikkan walaupun kos sara hidup semakin meningkat.

“Pada masa ini, harga minyak kenderaan dan barang keperluan semakin meningkat, tetapi bayaran yang diterima oleh penerbit masih tidak berubah.

“Bukan niat untuk bergaduh atau menghentam mana-mana pihak, khususnya stesen televisyen swasta. Cuma kami mahu kemelut ini diselesaikan kerana ia melibatkan periuk nasi dan industri seni di negara ini,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut hadir ahli Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: