Saturday, May 5, 2012

Marin patahkan cubaan seludup petrol bersubsidi


SEORANG pegawai Polis Marin menunjukkan sebahagian 900 liter minyak petrol bersubsidi yang cuba diseludup di Kudat semalam.


KUDAT – Pasukan Polis Marin berjaya mematahkan usaha sekumpulan penyeludup yang berselindung di sebalik kegiatan menangkap ikan dengan penahanan dua buah bot nelayan di perairan Sabah berhampiran Pelabuhan Kudat dekat sini kelmarin.

Tangkapan hasil Ops Tango Papa kira-kira pukul 10.30 malam itu berjaya menemui kira-kira 900 liter minyak petrol bersubsidi yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

Turut ditahan dalam operasi pasukan Polis Marin Cawangan Kudat itu ialah dua lelaki yang dipercayai juragan kedua-dua bot nelayan terbabit.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Kudat, Asisten Superintendan Mohammad Aris Jambul berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kedua-dua bot nelayan itu menemui 36 gelen minyak petrol yang disorokkan di bahagian ruang kemudi dan di bahagian bawah bot tersebut.

“Sebanyak 900 liter minyak petrol yang ditemui itu dianggarkan bernilai RM121,710 dan kita percaya barang kawalan tersebut mahu diseludup ke luar negara terutama ke Filipina,” katanya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: