Tuesday, May 8, 2012

Kosmo! jadi medium integrasi


AWANG TENGAH (tengah) menunjukkan akhbar Kosmo! ketika menyempurnakan majlis pelancaran Kosmo! masuk ke pasaran Sarawak di Kuching semalam. Turut kelihatan Mohamed Hashim (dua dari kiri), Aziz (kiri), Baharom (dua dari kanan) dan Sopi (kanan sekali).


KUCHING – Kerajaan negeri Sarawak menyambut baik langkah akhbar Kosmo! melebarkan sayap ke negeri ini yang disifatkan sebagai medium terbaik untuk meningkatkan integrasi antara rakyat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, pendekatan Kosmo! yang menampilkan akhbar berkonsep satu edisi memberi peluang kepada pembaca di negeri ini mendapat maklumat mengenai pelbagai berita semasa yang berlaku di seluruh negara.

Awang Tengah berkata, masyarakat Malaysia yang membaca Kosmo! pula akan mengetahui perkembangan yang berlaku di Sarawak.

“Jika kita tengok dari segi pendekatannya, Kosmo! benar-benar mengambil kira psikologi dan cita rasa pembaca generasi muda.

“Ia merupakan satu pendekatan yang begitu baik kerana selain memberi maklumat, akhbar ini juga akan merapatkan lagi integrasi masyarakat di seluruh Malaysia,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Awang Tengah sebelum itu menyempurnakan majlis pelancaran Kosmo! masuk ke pasaran Sarawak di Wisma Sumber Alam, Petra Jaya di sini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: