ADIK kepada Kim Kardashian iaitu Khloe Kardashian dikhabarkan pernah bertegang urat dengan ibu mereka iaitu Kris Jenner.
Dailymail melaporkan, ketegangan hubungan dua beranak itu berlaku apabila Khloe enggan menyertai program realiti “Keeping Up With The Kardashian” musim terbaharu.
Keadaan bertambah buruk apabila Kris tidak dapat menerima keputusan anaknya selepas gagal memujuknya yang dikatakan ingin memberikan tumpuan kepada rumah tangganya bersama Lamar Odom.
"Kris menggunakan alasan bahawa Khloe perlu menyertai musim baru program itu kerana dia dapat memberi inspirasi kepada wanita lain dengan kemunculannya dalam program realiti tersebut.
"Namun Khloe tetap dengan pendiriannya enggan tampil di televisyen kerana tidak suka dengan cara ibunya menggunakan mereka untuk mendapatkan wang," kata sumber terdekat keluarga berkenaan.
Bagaimanapun jurucakap keluarga itu masih belum mengesahkan pengunduran Khloe daripada siri itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: