Thursday, May 24, 2012

Katy Perry Kembali Hidup Solo

Katy Perry

LOS ANGELES: Penyanyi Katy Perry yang bercerai dengan suaminya Russell Brand pada Disember tahun lalu dilaporkan sudah berpisah pula dengan kekasih barunya Rob Ackroyd.

Pasangan itu membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing kerana Perry merasakan komitmen kerja mereka telah mengehadkan waktu untuk bersama.

“Punca utama yang membawa kepada perceraiannya (Perry) dengan Russell adalah kerana kesibukan Katy dengan siri jelajah. Dia mula merasai perkara yang sama berulang sejak dia menjalin hubungan dengan Rob.

“Katy berpendapat ia adalah sesuatu yang memalukan jika mereka menjalin hubungan tetapi jarang bertemu. Walaupun Rob berat hati tetapi Katy merasakan perpisahan adalah jalan terbaik memandangkan hubungan mereka baru saja bermula,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: