SHAH ALAM - Buat julung-julung kalinya, Kelab Rotary Malaysia bersama pasar raya Giant menyediakan sebanyak 135,000 beg pelbagai guna kepada pembeli bagi mendidik mereka mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.
Beg berkenaan disediakan bagi mengurangkan penggunaan beg plastik ketika membeli-belah dapat dikurangkan.
Yang Dipertua Kelab Rotary Malaysia, Dr. S. Raveendra Kumar berkata, kempen itu diadakan secara serentak di 24 pasar raya Giant di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM200,000.
"Matlamat kita adalah untuk meningkatkan kesedaran pengguna untuk menyokong pemuliharaan alam sekitar dengan menggunakan beg pelbagai guna ketika membeli-belah.
"Kempen ini amat penting bagi menyedarkan pengguna bahawa penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab semua dan ia perlu dimulakan daripada sekarang," katanya ketika melancarkan kempen itu di pasar raya Giant, Seksyen 13 di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: