Wednesday, May 16, 2012

Britney Spears Dibayar Hampir RM47.12 Juta Sebagai Juri

PENYANYI Britney Spears akhirnya diumumkan sebagai wajah baru anggota panel hakim program X Factor, Amerika Syarikat.

Beliau dilaporkan mendapat bayaran hampir £9.5 juta pound (RM47.12 juta) untuk tugas itu.

Simon Cowel telah mendedahkan berita itu di New York selain mengesahkan dirinya dan LA Reid akan turut terlibat dalam program tersebut.

Bagaimanapun Nicole Scherzinger dan Paula Abdul masing-masing akan digantikan oleh Britney dan bintang Disney iaitu Demi Lovato.

Pengganti hos program tersebut iaitu Steve Jones belum diumumkan tetapi Simonmembayangkan sebanyak dua orang akan mengambil alih peranan itu dan kedua-duanya adalah orang Amerika Syarikat.

Uji bakat pertama bagi program itu akan bermula dalam masa dua minggu, di Texas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: