JAKARTA: Menjelang hari pernikahan pasangan Anang Hermansyah dengan Ashanthy Siddiq pada 12 Mei depan, kedua-dua pasangan itu melalui ujian getir apabila sering berselisih faham.
Ashanthy berkata, sejak dua minggu kebelakangan ini, dia dan bekas suami Krisdayanti itu sering berkelahi kerana berbeza pendapat selain terlalu sensitif.
“Saya dengan Anang selama ini jarang benar untuk bermasam muka. Tapi apabila detik perkahwinan semakin dekat, kami menjadi semakin sensitif,” katanya seperti dilaporkan portal detikhot.com.
Tambah wanita itu, fikiran mereka menjadi stres tatkala membilang hari bahagia yang semakin hampir sehinggakan perkara kecil yang berlaku tidak dapat ditangani dengan sebaik mungkin.
Menurut Ashanthy ibunya banyak memberi nasihat agar tidak terlalu mengikut perasaan kerana pengalaman itu adalah peristiwa biasa bagi mereka yang ingin ke gerbang perkahwinan.
“Saya banyak beristighfar, melakukan solat untuk mengelak macam-macam perasaan yang tidak baik sebelum menjadi suami isteri.
"Malah saya juga ragu-ragu untuk mendirikan rumah tangga,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: