Thursday, May 3, 2012

1,000 peserta meriahkan Larian Ekiden


MOHID (kiri) menerima replika tajaan pada majlis prapelancaran Larian Ekiden Antarabangsa kali ketujuh sempena sambutan HBN 2012 daripada wakil penaja sambil diperhatikan oleh Ahmad Shabery (tengah) di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Sebanyak 1,000 peserta akan memeriahkan acara Larian Ekiden Antarabangsa kali ketujuh sempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2011 yang akan berlangsung di sini pada 27 Mei depan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, setakat ini, sebanyak 600 peserta telah mendaftar untuk menyertai acara tersebut.

“Dalam masa tiga minggu sebelum acara tersebut bermula, kita yakin mampu untuk mencapai sehingga 1,000 penyertaan.

“Kita juga mahukan kualiti yang lebih baik dari segi penyertaan terutama sekali penyertaan berbilang kaum, antarabangsa dan dalam kalangan mereka yang benar-benar berminat dalam larian seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan prapelancaran Larian Ekiden Antarabangsa kali ketujuh sempena sambutan HBN 2012 di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: