Friday, April 9, 2010

Woods ada skandal dengan anak jiran


COUDRIET


TAMPA, Amerika Syarikat (AS) - Raychel Coudriet yang merupakan anak perempuan jiran bintang golf terkenal, Tiger Woods membuat pengakuan bahawa mereka pernah menjalin hubungan seks bersama-sama, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut akhbar itu yang memetik laporan majalah AS, National Enquirer, Coudriet yang kini berumur 22 tahun berasmara dengan Woods selepas mereka berkenalan semasa dia berusia 14 tahun.

"Dia amat menyukai Woods. Mereka bertukar-tukar nombor telefon dan Woods mula menghantar mesej khidmat pesanan ringkas kepadanya," kata sumber.

Selepas saling mengenali antara satu sama lain, Woods, 34, berasmara dengan Coudriet di dalam kenderaan utiliti sukan Ford Escalade milik bintang golf itu, cuma beberapa meter dari rumahnya di Isleworth, Florida.

Dia kemudian membawa gadis itu ke pejabatnya supaya mereka dapat berasmara tanpa sebarang gangguan pada tahun lalu.

"Mereka mengadakan hubungan seks selama beberapa jam di hadapan katil bayi anak-anak Woods," jelas sumber.

"Coudriet berasa bersalah kerana menjalin hubungan dengan suami orang tetapi tidak menolak rayuan Woods," tambahnya.

Dia dilaporkan memberitahu rakan-rakan bahawa Woods tidak menggunakan kondom semasa mereka melakukan hubungan seks.

Menurut sumber, Coudriet memberitahunya dia berasa marah apabila mendapati ramai wanita tampil dengan pengakuan terbuka bahawa mereka pernah tidur dengan Woods.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: