Friday, April 30, 2010

UiTM tawar peluang kedua kepada pelajar tercicir


UNIVERSITI Teknologi Mara termasuk kampus utamanya di Puncak Alam, Selangor sedia menerima penuntut matrikulasi yang tercicir untuk meneruskan pengajian.


SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia mengambil penuntut matrikulasi yang tercicir untuk meneruskan pengajian dalam program diploma di universiti itu.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menawarkan sehingga 6,000 tempat pengajian setahun khusus kepada pemohon yang gagal ketika di matrikulasi dan juga pelajar miskin.

"Kita buka permohonan kemasukan pelajar baru melalui sistem pengambilan UiTM pada Julai ini dan pelajar berkenaan boleh memohon," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: