|
|
BRUSSELS - Seorang lelaki, Oliver Vandevalle yang mengirim sepucuk surat di dalam sebuah botol di laut lebih 30 tahun lalu akhirnya menemuinya semula selepas seorang pengguna rangkaian sosial Facebook menjumpainya, lapor sebuah akhbar semalam.
Vandevalle yang berusia 47 tahun dan berasal dari Belgium dihubungi seorang wanita Britain, Lorraine Yates yang menjejakinya menerusi Facebook selepas menemui botol tersebut di pantai Swanage, Dorset.
Pada mulanya, Vandevalle membuang botol yang mengandungi alamatnya semasa dia menaiki sebuah bot bersama ahli keluarganya ketika berusia 14 tahun di kawasan pantai selatan England.
Vandevalle mengoyak sekeping kertas dari buku nota sebelum membaling botol itu ke laut.
"Ketika itu, 12 orang berada di atas bot dan kami sedang menuju ke Azores. Tiba-tiba, saya mendapat idea untuk menulis sepucuk surat di dalam sebuah botol," katanya yang mengimbas kejadian dia membaling botol berkenaan ke laut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: