Friday, April 30, 2010

Dinding jadi penyelamat kereta


GAMBAR menunjukkan sebuah kereta Mercedes hampir terjatuh (dalam bulatan) dari tingkat tujuh tempat letak kenderaan di Bank of America, Tulsa kelmarin.


TULSA, Amerika Syarikat - Seorang pemandu nyaris maut selepas bahagian belakang kereta yang dipandunya hampir terjunam selepas merempuh dinding tempat letak kenderaan di tingkat tujuh di Bank of America, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pegawai polis, Korporal David Crow memberitahu stesen radio KRMG: "Kaki pemandu itu tersangkut di bahagian pedal pecutan dan dia gagal menarik kakinya keluar. Pemandu itu sedang mengundur keretanya namun tiba-tiba ia memecut dan merempuh dinding."

"Nasib baik tiada orang melalui kawasan tersebut semasa kejadian," katanya yang memberitahu pemandu berusia 67 tahun itu tidak cedera pada insiden Rabu lalu.

Seorang wanita, Marry Barnes berkata, bumbung dan cermin kereta Toyota Corolla miliknya terkena serpihan batu-bata akibat rempuhan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: