|
|
KENT - Walaupun buta sejak lahir, seorang budak lelaki di Britain berusia empat tahun, Jamie Aspland mampu berjalan tanpa bantuan sesiapa dengan mempelajari bahasa ikan lumba-lumba, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia mengguna teknik FlashSonar atau kaedah pengesanan gema seperti ikan lumba-lumba dengan mulut mengeluarkan bunyi berdetap nada tinggi bagi menjejaki pantulan semula dari permukaan objek sebagai panduan kedudukan.
Teknik itu dimajukan oleh seorang lelaki buta Amerika Syarikat (AS), Dabiel Kish yang juga Presiden Akses Dunia Bagi Orang Buta.
Kaedah itu membolehkan orang buta mengesan sebarang objek yang berada pada jarak 100 meter.
Ibunya, Deborah Aspland, 39, terkejut apabila mendapati anaknya sudah mampu berjalan tanpa berlanggar sebarang objek selepas mempelajari teknik itu.
"Dia telah berjaya untuk berjalan di tangga tanpa bantuan saya. Ia amat menakjubkan kerana saya dulu agak cemas apabila melihatnya bergerak ke arah pagar sebelum dia berpusing apabila menyedari ada objek di depannya," kata Deborah.
Allah yang maha berkuasa...
ReplyDeleteInilah kelebihan yang diberi kepada mereka yang dilahirkan tidak sempurna... itu sebabnya kita tidak sepatutnya mensia-siakan mereka.