Friday, April 30, 2010

Model Swift 1.5L mula dieksport


DERETAN kereta model Suzuki Swift 1.5L bersedia untuk dieksport ke Brunei di Pekan semalam.


PEKAN - Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd. (Suzuki), unit di bawah DRB-HICOM Bhd. (DRB-HICOM) semalam mengeksport kumpulan pertama model Swift 1.5L yang dipasang dalam negara ke Brunei.

"Kami mahu memperluaskan produk Suzuki di Brunei memandangkan kami melihat potensi untuk mengembangkan bahagian pasaran Suzuki di Brunei.

"Syarikat menyasarkan untuk menjual 10 unit Suzuki Swift sebulan sebagai permulaan untuk memperluaskan kehadiran jenama Jepun di Brunei terutamanya dalam segmen 1.5 liter," kata Pengarah Urusannya, Ibrahim Maidin kepada pemberita di sini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: