Dialog yang bakal diadakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada 3 Mei depan mulai pukul 3.00 petaang itu semata-mata untuk kepentingan artis sendiri. Mereka tidak sepatutnya mengabaikan peluang yang dibuka oleh pihak kementerian berkaitan.
![]() Mahu membela nasib artis Dialog itu dianjurkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) setelah pihak berkenaan mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil persatuan seni baru-baru ini. ![]() Kini myipo ada di laman twitter dan facebook Menteri itu sedar ada kalangan penggiat seni yang tidak tahu apakah hak mereka di atas sesebuah lagu yang dirakamkan. Mereka ingin mendapatkan feedback daripada artis dan mendengar sendiri masalah mereka di samping usaha MyIPO untuk memberi kesedaran kepada artis. "Pada hari itu pihak kami akan menjawab segala persoalan serta memberi penerangan terhadap apa yang mereka tidak faham. Artis tidak sepatutnya melepaskan peluang yang dibuka ini. "Selama ini pihak kami memang sentiasa membuka peluang kepada mana-mana pihak artis yang ingin bertanyakan pasal hak mereka, tapi malangnya tiada yang datang bersemuka secara langsung. Sebab itulah kita mengambil inisiatif untuk berjumpa mereka," sambung Ismail. Ismail menjelaskan kementerian akan mengaktifkan semula Copyright Tribunal yang tidak pernah bersidang kerana tiada aduan. Ingin rapat dengan orang seni Ismail juga sedar ada artis dan penggiat seni yang tidak tahu kementeriannya juga dekat dengan orang seni kerana banyak perkara yang berkaitan dengan diri imereka. "Apabila menyebut dunia seni mereka hanya ingatkan kementerian penerangan dan kebudayaan sahaja. Sebab itulah kementerian saya tidak dilihat terlibat secara langsung dalam aktiviti kesenian. "Saya sendiri tidak diundang dalam mana-mana acara berkaitan orang seni, sekarang ini baru ada yang mula sedar," sambung Ismail semasa ditemui selepas melancarkan myipo di laman sosial twitter dan facebook Selasa lalu. |
Thursday, April 29, 2010
KPDNKK ajak artis semuka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: