Wednesday, April 28, 2010

Ukuran sederhana sedap dipandang

MENGHIAS cermin bukan setakat memerlukan kreativiti, tetapi daya imaginasi.

pix_middle
pix_topright
Ini kerana seandainya tidak bijak menggunakan bahan hiasan, ia akan membuatkan konsep kurang sempurna.


Jangan guna cermin terlalu besar atau terlalu kecil. Pilih ukuran sederhana supaya sedap mata memandang.


Menurut Samsudin Atan atau lebih dikenali sebagai Sam daripada Sam Beauty Shop, hiasan boleh menggunakan bahan terbuang seperti kulit kerang.


Namun, ia perlu dibersihkan kemudian dikeringkan terlebih dulu supaya nampak cantik apabila dilekatkan pada bahagian bawah cermin.


Ada pula yang menggunakan ranting kayu atau buluh kering. Semuanya bergantung kepada bajet atau konsep yang diinginkan.


Selain cermin, anda juga boleh menggantikannya dengan gambar. Gunakan kaedah yang sama, tetapi untuk gambar, hiasan tidak boleh terlalu sarat.


Ini kerana fokus tentunya pada gambar dan bukannya bahan yang digunakan.


Ikuti panduan menghias cermin langkah demi langkah seperti diketengahkan Samsudin.

.

1. BAHAN...cermin, papan, kain, kulit kerang, reben, bunga plastik, gam, lilin dan ranting kayu.
2. BALUT...balut keseluruhan papan dengan kain. Gunakan jenis kain daripada kain langsir atau cadar supaya nampak tebal.
3. LEKAT...lekat cermin menggunakan gam lilin.
4. HIAS...pada kiri dan kanan cermin hiaskan dengan ranting kayu.
5. KERANG...lekatkan kulit kerang pada bahagian bawah cermin.
6. PINTAL...pintal reben mengikut jarak lima sentimeter.
7. TAMPAL...tampal reben pada bahagian tepi cermin mengikut kreativiti sendiri.
8. BUNGA...hias dengan bunga pada kiri dan kanan cermin.
9. BAKUL...letakkan bakul kecil pada bahagian kiri cermin.
10. CERIA...untuk lebih ceria, lekatkan reben merah.
11. REBEN...lekatkan reben berbentuk tali untuk nampak ceria.
12. GANTUNG...buat tempat gantung menggunakan reben pada belakang cermin.
13. INDAH...cermin yang sudah siap menghiasi ruang tamu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: