Friday, April 30, 2010

20 tahun hidu bau ladang babi


TEE BENG meninjau kawasan kandang babi yang didakwa penduduk mengeluarkan bau busuk di Kampung Kepala Gajah, Nibong Tebal semalam.


NIBONG TEBAL - Bukan sahaja terpaksa menghidu bau busuk setiap hari, malah kumbahan air najis babi turut melimpah ke rumah penduduk apabila berlaku banjir kilat.

Itu derita yang dialami penduduk Kampung Kepala Gajah dekat sini sejak 20 tahun lalu.

Penduduk mendakwa, operasi ladang ternakan babi yang terletak tidak jauh dari situ menyebabkan kawasan sekitar perkampungan itu mengalami pencemaran bau yang serius terutamanya selepas waktu petang.

Mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah tersebut.

Seorang penduduk, Osman Darus, 54, berkata, masalah itu bukan sahaja menyusahkan penduduk menjalani kehidupan harian, tetapi dikhuatiri akan mengancam kesihatan dalam jangka masa panjang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: