|
|
MEMANG tidak dapat dinafikan, peranan Anugerah Industri Muzik (AIM) memang cukup besar dalam memacu kerjaya seseorang artis itu ke puncak.
Bagi mereka, kejayaan menggenggam trofi AIM merupakan momen yang cukup indah dan bersejarah dalam diri mereka sebagai seorang artis.
Biarpun hanya sekadar dicalonkan dan diletakkan sebaris dengan calon-calon lain dalam kategori yang dipertandingkan, perasaan itu memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Bukan sahaja untuk artis yang sedia ada tetapi sudah pasti keterujaan itu turut dialami oleh bakat baru yang masih lagi dianggap mentah dan hijau dalam dunia seni.
Semua sedia maklum bukan mudah untuk menembusi tembok kebal AIM yang cukup ketat dalam menentukan calon dan seterusnya memilih pemenang.
Kerana itu, apabila nama mereka berjaya tercalon biarpun hanya untuk satu kategori, ia sudah diibaratkan seperti kejayaan kecil sekali gus membuka mata ramai pihak akan bakat mereka.
AIM17 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 2 Mei ini turut menyaksikan beberapa nama bakat baru yang mencuri perhatian.
Antaranya ialah Amanda Imani dan Prema Yin yang tercalon dalam beberapa kategori yang membuktikan bahawa bakat dan produk yang dihasilkan mereka dipandang oleh juri profesional.
Dalam satu pertemuan di studio Utusan Melayu, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, Hits menyatukan kedua-dua bakat muda ini dan cuba untuk menyelami hati dan perasaan mereka apabila dicalonkan.
Baik Amanda mahupun Prema, kedua-duanya menyifatkan pencalonan mereka sebagai sesuatu yang di luar jangkaan apatah lagi perlu bersaing dengan artis senior yang lain.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: