Thursday, April 29, 2010

Debaran AIM 17 Ahad ini

Hujung minggu ini banyak acara hiburan diatur di ibu negara. Konsert Double Trouble gabungan Wings dan Search akan berentap dengan konsert kumpulan hot Indonesia, Ungu pada 1 Mei.

Pada 2 Mei penggiat seni muzik akan berhimpun di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra untuk menerima imbuhan di atas hasil usaha mereka selama ini.

Anugerah Industri Muzik (AIM) kali ke-17. Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh para calon akhir dalam setiap kategori. Nama siapa yang akan menjadi sebutan kali ini?


Banyak kategori yang menjadi tumpuan peminat selaian tumpuan utama kategori Album Terbaik dan Lagu Terbaik. Kategori artis baru terbaik juga menarik untuk diperhatikan.

Inilah barisan nama yang bakal meneruskan kegemilangan industri muzik tempatan. Apatah lagi artis baru sekarang semakin mendapat tempat dan diterima oleh peminat.

Prema Yin, Bunkface, Tomok, Yuna, Azlan & The Typewriters bersaing dalam kategori tersebut. Semuanya mempunyai kekuatan dan masa depan yang cerah dalam industri.


Tomok dan Azlan bukanlah baru tapi mereka baru menghasilkan lagu solo maka dipertandingkan dalam kategori artis baru. Bunkface yang menampilkan muzik tersendiri dilihat mempunyai pengaruh kuat untuk membawa pulang anugerah tersebut.

Kategori vokal lelaki terbaik juga sangat menarik apabila mempertandingkan vokal yang berbeza beza. Faizal Tahir diakui mempunyai vokal yang menarik. Jamal Abdillah dalam album barunya juga masih mampu memikat juri.

Pada pengamatan saya, Hazami yang melantunkan lagu Survivor dalam album barunya mempunyai kelebihan kerana lagu tersebut menampilkan permainan vokal yang memukau. Turut bersaing Riz dan Vince.

Vokal wanita terbaik masih mempertandingkan nama Datuk Siti Nurhaliza yang telah menang selama beberapa tahun. Kalau dalam persaingan pilihan peminat, Siti masih unggul, penilaian juri juga penyanyi itu tak pernah tercicir.

Siti disaingi Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Juwita Suwito dan Yuna. Persaingan utama nampaknya lebih dilihat di antara Siti dan Jaclyn.

Kategori album rock terbaik, menampilkan saingan sengit Faizal Tahir (Album Adrenalin) dan Hujan (Mencari Konklusi). Saingan lain datang daripada Flop Poppy (Rasa), Maximus (Prolog 2009) dan XPDC dengan album Rasopariso.

Album Pop Terbaik pula menampilkan Tahajjud Cinta (Siti), Canda Tangis Ketawa Duka (CTKD), Dayang Live (Dayang), Aku Stacy (Stacy) dan Kronologi Cinta (Vince). Kelebihan nampaknya masih kepada album Siti Nurhaliza, Tahajjud Cinta yang dihasilkan dengan kemas.

Pemenang kategori lagu pop terbaik juga sering ditunggu-tunggu kerana ia menampilkan lagu-lagu yang popular di corong radio.

Perg
i (Aizat), Masih Jelas (Hafiz), Permaisuriku (Jay Jay), Cinta Ada (Karen Kong, Datuk Sheila Majid, Jaclyn) serta Dan Sebenarnya oleh Yuna tersenarai akhir.

Lagu Pergi diberi perhatian kerana pernah dinobatkan sebagai lagu terbaik Anugerah Juara Lagu. Tapi jangan pandang sebelah mata lagu Cinta Ada yang turut menampilkan Sheila Majid. Lagu tersebut belum popular tapi mempunyai melodi yang layak bergelar lagu terbaik.

Persembahan hebat

Selain menyaksikan siapa naik pentas menerima anugerah kehebatan persembahan secara keseluruhan juga dinilai. Antara penyanyi yang bakal mengadakan persembahan kali ini ialah, Sheila Majid, Dafi, Siti Nurhaliza, Aizat, Aliff satar, Altimet, Andrew Tan, Ayu, Daly (Ahli Fikir), DJ Fuzz, Faizal Tahir, Iqwal, Jaclyn Victor, Juwita Suwito, Karen Kong, Krisdayanti, Mila, Point Blank, Preeta Prasad, Riz, Shila, Vincve, Yuna dan Zee Avi.

Adibah Noor dan Afdlin Shauki diberi tanggungjawab sebagai pengacara. Antara penyampai anugerah pula ialah Ruffedge, Mawi, Liyana Jasmay, Diana Danielle, Hafiz, Amanda Imani dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: