BANDA ACEH - Satu pasangan Indonesia yang ditangkap kerana melakukan persetubuhan di luar nikah diarak dalam keadaan berbogel di sebuah kampung sebelum dibelasah penduduk yang marah dan kini berdepan dihukum rotan, kata seorang pegawai pemerintah semalam.
Pasangan itu yang dikenali sebagai Bus, guru berusia 36 tahun dan pasangannya, Yus, 28, seorang suri rumah ditangkap kelmarin kerana didapati berzina di Aceh yang melaksanakan hukum Syariah.
"Penduduk kampung menyerbu rumah wanita tersebut dan mendapati pasangan itu tinggal bersama sebelum membawa mereka keluar sebelum diarak dalam keadaan bogel," kata seorang pegawai polis syariah daerah Aceh Barat, Teuku Abdurrazak.
Pasangan tersebut kemudian diikat di sebuah pondok pengawal dan penduduk yang amat marah kemudian bertindak memukul kedua-dua mereka itu dengan batang kayu dan tangan sehingga hampir nazak.
Teuku Abdurrazak berkata, jika pihak polis lambat tiba, pasangan tersebut kemungkinan akan mati dan bakal dirotan sebanyak sembilan kali.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: