Friday, April 30, 2010

Geng wanita perdaya lelaki kaya


GAMBAR yang disiarkan di sebuah stesen televisyen NBC, Amerika Syarikat menunjukkan dua wanita yang telah memperdayakan seorang lelaki kaya di Florida.


MIAMI - Polis Amerika Syarikat (AS) mendedahkan kemunculan dua perompak wanita yang memperdayakan golongan lelaki kaya dengan melarikan barangan berharga milik mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Dua wanita itu dipercayai berkenalan dengan mangsa di kelab-kelab malam sebelum membubuh dadah ke dalam minuman mangsa yang menyebabkannya tidak sedarkan diri.

Seorang lelaki yang enggan identitinya didedahkan memberitahu stesen televisyen NBC, dia berasa seperti dipukau apabila dua wanita itu yang baru dikenalinya di sebuah kelab telah melarikan barangan berharga di kediamannya.

"Perkara yang saya ingati ialah saya tersedar pada pukul dua petang pada hari Jumaat. Saya tersedar di atas katil dengan jam Cartier Roadster telah hilang," katanya.

Sebelum ini, lelaki itu pengsan di dalam sebuah teksi selepas berkenalan dengan dua wanita di sebuah kelab malam.

Antara barang yang hilang itu ialah barang kemas dan wang tunai yang keseluruhannya berjumlah AS$22,890 (RM73,130) selain ribuan dolar lagi yang dicuri menerusi beberapa kad kredit miliknya.

Polis Florida menyatakan kedua-dua wanita itu mungkin merupakan satu sindiket yang menjadikan lelaki kaya yang tua sebagai sasaran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: