LONDON: Alex Curran menyelar khabar angin yang mendakwa rumah tangganya dengan bintang bola sepak Liverpool dan England, Steven Gerrard sudah berakhir.
TETAP BAHAGIA...Alex dan Gerrard
Gambar terbaru yang menunjukkan Alex, 27, tanpa cincin perkahwinannya berharga 75,000 paun (RM3.7 juta), menghangatkan lagi gosip mengenai hubungan mereka.
Dalam temuramah dengan majalah OK! Alex membela dirinya terhadap dakwaan kononnya mereka sudah berpisah berikutan beberapa kejadian mengejutkan.
Alex yang mempunyai dua anak hasil hubungannya dengan Gerrard - Lilly Ella, enam dan Lexie, tiga, berkata: “Ada khabar angin mendakwa saya dan Steven sudah berpisah dan dia berpindah ke hotel, serta beberapa dakwaan lain seumpama itu.
“Saya ingin menyatakan, hubungan kami kini lebih bahagia berbanding sebelum ini.
“Malah kami tidak pernah bertengkar,” katanya.Khabar angin kononnya pasangan itu sudah berpisah mula tersebar di Internet sejak tiga minggu lalu.
Menurut sumber, penghantar asal mendengar khabar angin itu daripada seseorang yang tahu mengenai skandal seks rakan Gerrard dalam pasukan England, John Terry sebelum ia terbongkar.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: