Baru-baru ini Fezrul muncul dan menjelaskan punca dia tenggelam. Antaranya kerana mendapat rawatan penyakit misteri yang dialami. Penyakit yang tdak berjaya dikesan oleh doktor perubatan moden. Adakah Fezrul terkena buatan orang? Artis dan isu terkena buatan orang bukanlah perkara baru. Tapi perkara seumapa itu sukar dibuktikan dan ad ayang payah menpercayainya. Apatah lagi dalam suasana masyarakat yang hidup dalam dunia serba moden ini.Dulu kalau zaman orang pasang susuk dengan memasukkan jarum emas dalam muka mungkin perkara terkena buatan orang sangat populat. Tapi zaman susuk yang dimodenkan dengan memasukkan silokon untuk kelihatan lebih cantik ini payahlah nak dipercayai. Tapi tidak dapat dinafikan ada yang masih suka berdampingan dengan ilmu syaitan itu. Fezrul yang saya kenali seorang yang menghormati orang dan baik budaknya. Tak tahulah pasal apa pulak orang nak menganiaya dia. Adakah kerana cemburu melihat kejayaan Fezrul? Atau ada yang sakit hati dengan kata-katanya? Atau ada yang kecewa cinta ditolak? Penyakit misteri yang dilalui Fezrul dikaitkan sebagai terkena buatan orang. Tiga bulan lebih Fezrul menderita sakit misteri sehingga berat badannya susut 10 kilogram. Kini Fezrul hampir pulih sepenuhnya.“Mula-mula saya rasa sesak nafas dan susah nak bernafas. Bila tengok sekeliling saya rasa macam nak pitam. Saya juga rasa macam ada benda berjalan-jalan di kepala dan bergerak-gerak di muka. "Saya ke beberapa buah hospital dan menjalani beberapa ujian tapi doktor kata saya tak sakit. Saya kemudian berubat secara tradisional di beberapa tempat," kata Fezrul pasal penyakit yang dialaminya. Ditanya angkara siapa, Fezrul berkata: “Tak berani nak cakap. Saya tak suka kacau orang. Saya tak pernah bermusuhan dengan orang. Tak tahulah jika ada orang yang bermusuh dengan saya." Fezrul tidak mahu menuding jari kepada sesiapa sebaliknya berusaha berubat apabila ditimpa penyakit. Itu cerita Fezrul yang masih hangat dengan cerita terkena buatan orang. Adakah golongan artis mudah terdedah dengan angkara jahat sedemikian? Sebelum ini ramai juga artis yang pernah dikatakan terkena ilmu sihir. Antaranya Datuk Chef Wan, Elyana, Alyah, Faizal Tahir, Amy (Grand) dan ramai lagi. Namun sakit misteri mereka sukar untuk dibuktikan kerana tidak mempunyai fakta saintifik. Apa itu buatan orang? Sikap terlalu percaya pada perkara mistik seperti amalan voodoo dan terkena buatan orang bukan saja memundurkan pemikiran manusia, malah ia juga mendedahkan seseorang itu kepada risiko maut. Itu pendapat pengamal perubatan moden. Mentaliti kebanyakan masyarakat di Asia yang masih berpegang kuat pada kepercayaan mistik boleh membawa padah dari sudut perubatan. Siikap terlalu bergantung kepada bomoh dalam menyelesaikan masalah perubatan yang dianggap sebagai sumpahan atau buatan orang, boleh menyebabkan penyakit melarat hingga mereka tidak mampu lagi diselamatkan. Mungkin juga kerana gangguan bukanlah ditujukan kepada fizikal pesakit tetapi ia lebih kepada perasaan, jiwa , emosi dan kadang kala menyakiti fizikal. Terkena buatan orang adalah istilah umum yang di tujukan kepada seseorang kerana dendam, dengki atau iri hati dengan berbagai sebab. Paling menakutkan apabila ada yang mahu seseorang itu mati secara tidak dapat di buktikan secara perubatan. Ilmu tuju-tuju, santau dan beberapa kaedah lagi digunakan untuk tujuan itu. Sakit tiada ubat Isu Faizal Tahir terkena ilmu sihir juga pernah hangat. Faizal dikatakan mula mengalami gangguan sebelum bermulanya semi final Anugerah Juara Lagu tahun lalu. Kerana masalah kesihatan yang dialaminya, tempat Faizal digantikan oleh Shila. Faizal pada mulanya mendiamkan diri apabila dia dikata terkena buatan orang. Apatah lagi dia mendapatkan rawatan di hospital. "Ada gosip mengatakan saya terkena buatan orang. Saya akui kondisi kesihatan saya tidak begitu baik kebelakangan ini khususnya penghujung tahun lalu bukan disebabkan masalah buatan orang sebaliknya disebabkan salah saya sendiri yang tidak menjaga kesihatan. Penyanyi utama kumpulan Grand, Amy juga pernah mendedahkan yang dia menghidap penyakit misteri yang dikaitkan sebagai terkena ilmu hitam. "Saya hanya mampu melakukan beberapa perkara iaitu menjamah makanan, pergi ke tandas dan baring semula kerana badan kepanasan dan sentiasa berpeluh seperti duduk atas bara api. Ia mengakibatkan saya berhenti kerja,” kata Amy atau nama sebenarnya Zuraimi Remeng kepada media tidak lama dulu. Dia dikatakan terkena santau angin yang dikirim oleh bekas pembantu rumah warga Indonesia kerana disyaki tidak berpuas hati dengannya dan majikan. Kata Amy sebelum kejadian beberapa pakaiannya di rumah majikan hilang. “Saya tidak menuduh, tapi ketika mendapatkan rawatan tradisional, pengamal perubatan itu kata saya mungkin menjadi mangsa santau angin dari seberang,” kata Amy yang juga menjelaskan doktor tidak dapat mengesan sakit yang dilaluinya ketika itu. | Pelakon Fezrul Khan sudah lama tidak kelihatan dalam mana-mana majlis. Malah penggambaran drama baru juga tidak disertainya. nak kata tak popular, Fezrul antara pelakon baru yang sedang meningkat namanya.
Friday, April 30, 2010
Artis sasaran ilmu hitam?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: