Friday, April 30, 2010

Dev Ingin Frieda Pinto Jadi Gadis Bond

Dev Patel dan kekasihnya Freida Pinto.

BINTANG filem Slumdog Millionaire Dev Patel menyuarakan keinginan untuk melihat kekasihnya yang juga aktres Frieda Pinto untuk membawakan watak sebagai gadis Bond dalam francais terbaru filem penyiasatan itu.

"Dia (Frieda) seorang yang menakjubkan. Saya ada terdengar desas-desus mengatakan Frieda akan menjadi gadis Bond yang seterusnya.

"Saya pasti teruja jika dia benar-benar dapat peluang itu, tentu dia akan kelihatan hebat," katanya yang dipetik sebagai berkata kepada laman web dailystar.co.uk baru-baru ini.

"Namun, kalau saya, tidak mungkin akan membintangi filem 007 kerana saya seorang yang pengecut," katanya lagi berseleroh.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: