Thursday, April 8, 2010

William bertunang Jun ini

LONDON: Istana Buckingham dijangka mengumumkan tarikh pertunangan Putera William dan kekasihnya, Kate Middleton, pada Jun ini sebelum perkahwinan diraja diadakan akhir tahun.

BAKAL BERSATU...selepas menjalin hubungan romantis sejak tujuh  tahun lalu, William dan Kate diramal menamatkan zaman bujang tahun ini.
BAKAL BERSATU...selepas menjalin hubungan romantis sejak tujuh tahun lalu, William dan Kate diramal menamatkan zaman bujang tahun ini.
Bekas pengarang Vanity Fair dan penulis yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga bangsawan, Tina Brown, berkata Istana Buckingham kini ‘menempah’ tarikh tertentu pertengahan tahun ini.


“Pertunangan itu mungkin pada 3 atau 4 Jun, manakala perkahwinan William - Kate diadakan pada November,” katanya dalam blog peribadinya, semalam.


Tina adalah rakan peribadi ibu William, Puteri Diana, dan pernah menerbitkan biografi yang mendapat sambutan baik mengenai puteri berkenaan.


Walaupun Tina tidak menyatakan sumber itu, dia berkata, ia adalah kukuh.


“Seorang sumber di kalangan keluarga diraja berkata, dua tarikh pada Jun ini ditempah secara ‘misteri’ oleh pihak istana,” katanya.

Menurut Tina, pada 3 atau 4 Jun itu kemungkinan besar akan diumumkan pertunangan William dan Kate,” katanya.


Jika ramalan itu benar, kata Tina, William, 27, dan Kate, 28, mungkin akan disatukan pada November nanti - sama seperti perkahwinan Ratu Elizabeth II dan Putera Philip, yang berkahwin di Westminster Abbey pada November 1947.


Kata Tina, Jun dan November memang sesuai diadakan majlis seumpama itu kerana Britain selesai menjalani pilihan raya umum.


Pada November juga, katanya, William belum dihantar bertugas sebagai juruterbang pasukan Pencari dan Penyelamat Tentera Diraja Britain selama tiga tahun.


Katanya, Philip juga mempunyai pertalian tarikh penting pada Jun apabila dia akan berusia 90 tahun.

Elizabeth pula, katanya, akan meraikan sambutan ulang tahun ke-60 penabalannya di atas takhta pada Februari 2012.


“Hubungan rapat dengan William menjadikan Elizabeth dan Philip tidak sabar melihat cucu kesayangan mereka menamatkan zaman bujang,” katanya.


Tina berkata, pasangan itu akan mengelak sebarang unsur perbandingan perkahwinan Diana dengan bapa William, Putera Charles.


“Mungkin gereja St George di Windsor menjadi pilihan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: