Thursday, April 8, 2010

Terowong rahsia sorok 1,182 DVD haram

KUALA LUMPUR: Idea canggih apabila sindiket pengedaran cakera padat digital (DVD) cetak rompak mampu membina terowong yang dijadikan laluan rahsia menuju ke stor simpanan bahan itu yang dibina di sebalik tembok konkrit.

RAMPAS...penguat kuada KPDNKK merampas ribuan DVD cetak rompak.
RAMPAS...penguat kuada KPDNKK merampas ribuan DVD cetak rompak.
Sindiket DVD cetak rompak yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Sri Hartamas di sini, dikesan menjadikan sebuah almari sebagai pintu masuk ke laluan rahsia berkenaan yang hanya boleh memuatkan tubuh seorang lelaki.


Difahamkan, laluan sepanjang dua meter itu hanya boleh dilalui selepas dinding almari terbabit dialihkan sebelum ahli sindiket merangkak masuk menuju ke stor simpanan rahsia yang digunakan untuk menyembunyikan ribuan keping DVD cetak rompak.


Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur, Othman Nawang berkata, operasi dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan penjualan DVD cetak rompak di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Sri Hartamas, di sini.


Menurutnya, susulan maklumat diterima itu, sepasukan pegawai penguat kuasa KPDNKK bertindak menjalankan risikan sebelum melakukan penyamaran sebagai pelanggan di premis terbabit kira-kira jam 2.30 petang semalam.


“Hasil risikan, premis berkenaan dikesan menjual DVD cetak rompak bermutu tinggi termasuk set kotak yang dijual dengan harta mencecah RM20 sekeping.

Menurutnya, selepas yakin dengan aktiviti dilakukan, pihaknya menyerbu premis berkenaan sebelum menahan dua lelaki yang bekerja sebagai pekerja.


“Kehadiran pegawai penguat kuasa KPDNKK menyebabkan dua pekerja yang juga ahli sindiket berkenaan tergamam dan tidak sempat melarikan diri.


“Hasil siasatan, pihaknya menemui 1,182 DVD cetak rompak yang dipamerkan di rak jualan di dalam premis berkenaan,” katanya.


Menurutnya, pegawai KPDNKK yang menjalankan siasatan susulan turut melakukan pemeriksaan pada kereta milik suspek, namun mendapati but kenderaan berkenaan kosong dan tidak digunakan untuk menyembunyikan bahan itu.


“Berikutan itu pegawai KPDNKK mula berasa curiga dan yakin sindiket terbabit menyimpan lebih banyak DVD cetak rompak di lokasi rahsia lain berikutan kewujudan kulit album DVD kosong dalam premis.

“Pegawai KPDNKK melakukan pemeriksaan rapi di ruangan belakang premis berkenaan sebelum menemui satu almari yang diletakkan dalam keadaan mencurigakan,” katanya.


Sebaik ditolak, papan berkenaan terus terbuka dan menampakkan lubang laluan di belakangnya. Pegawai KPDNKK yang memasuki lubang berkenaan menemui satu bilik rahsia yang menempatkan ribuan keping lagi DVD cetak rompak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: