SURIA FM Rancak Tour bakal menceriakan Kuantan Parade, Ahad ini, 25 April 2010 bermula 3 petang.
Jelajah Rancak Tour Suria FM kali ini mempertaruhkan gabungan artis baru dan lama antaranya Joey (BPR), Zamani (Slam), Saleem, Noraniza Idris, Azlan & The Typewriter, Kumpulan The Lima (dari Indonesia) dan dua orang pendatang baru iaitu Rina dan Am.
Selain itu, turut serta adalah penyampai-penyampai Suria FM sendiri iaitu Halim Othman, Zizi, Myra, Bob, Naim, Linda Onn, Zaff, Tuah Zoqarnain dan Lin.
Menurut Penolong Pengurus Perhubungan Awam & Program Suria FM, DJ Lin, pelbagai aktiviti dan permainan menarik bakal diadakan.
Apa yang pasti, pengunjung yang hadir tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana banyak hadiah menarik dari penaja dan juga barangan eksklusif Suria FM sendiri bakal diberikan kepada orang ramai sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan mereka kepada Suria FM.
Bersama-sama merancakkan Suria FM Rancak Tour! Jumpa di sana. Keterangan lanjut, layari www.suriafm.com.my .
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: