ISTERI Raul Lemos, Shechah Salem Sagran atau Ata, pernah memberitahu tentang pembedahan plastik yang pernah dijalani penyanyi popular Indonesia Krisdayanti (KD). Bagaimanapun, kakak kepada penyanyi itu, Yuni Shara, membantah dakwaan itu dan Ata tidak berhak membuat kenyataan sebegitu.
"Saya rasa itu bukan haknyauntuk berkata begitu dan dia tidak tahu tentang perkara itu," ujar Yuni.
Menurut Yuni, Ata hanya mencari kesalahan KD. Baginya bukan hanya KD dipersalahkan jika Raul Lemos, suaminya, menjalin kasih dengan penyanyi lagu 'Pilihlah Aku' itu.
Kecantikan adalah masalah peribadi setiap manusia. Semua orang berhak melakukannya dan Ata diminta untuk tidak membuat kenyataan seperti itu. Malh perkara tersebut tiada kaitannya dengan kemelut cinta tiga segi mereka.
Selain itu, Yuni geram ialah apabila Ata menyifatkan bahawa dia tertawa diatas penderitaan orang lain kerana dikatakan masih boleh tersenyum dihadapan kemera.
"Kalau saya menangis salah, nanti dikatakan berlakon. Senyum juga salah. Jadi bagaimana reaksi yang sepatutnya? atau saya haru ikut sepertinya? tutur Yuni.
balik2 gambar yg sama aje..
ReplyDeletekris dayanti ni islam
ReplyDeletedah pi mekah lak tu
tp buat pembedahan plastik lak..pelik btol la ngan manusia ni..
bangga lak buat pembedahan payudara
alahai tak malunya ...
boleh aku tau tang mana dia buat pempedahan plastik tu.. muka dia kan dah ok.. buat apa nak bedah2 lagi.. aduhhhh..
ReplyDelete