Tuesday, April 6, 2010

Selangor tidak boleh keciciran mata - Devan


AMRI (kiri) tidak dapat memperkuatkan skuad Selangor malam ini kerana menjalani penggantungan perlawanan.


PERTEMBUNGAN menentang kelab Maldives, Victory SC di Stadium Shah Alam malam ini merupakan penentu bagi Selangor untuk meneruskan saingan dalam Piala AFC.

Pengurus yang juga jurulatih Selangor, K. Devan berkata, jika keputusan perlawanan menyebelahi anak-anak buahnya, ia akan membuka peluang kepada skuad Gergasi Merah untuk meneruskan kempen kali ini.

Selangor kini di tangga tercorot Kumpulan F dengan hanya satu mata setelah seri 0-0 dengan Binh Doung di Shah Alam, tewas 1-6 kepada Sriwijaya FC di Palembang dan tewas 1-2 kepada Victory SC di Male.

"Dengan berbaki hanya tiga perla- wanan dan dua daripadanya adalah di tempat sendiri, saya percaya ini adalah peluang yang terbaik untuk kami mengutip mata," kata Devan semalam.

Devan berkata, empat pemain dalam kesebelasan utama pasukannya iaitu Khairul Anuar Bahrom, Mohd. Nasriq Baharom, Mohd. Amirulhadi Zainal dan Mohd. Amri Yahyah tidak dapat diturunkan kerana menjalani penggantungan perlawanan selepas menerima kad merah pada perlawa- nan sebelum ini.

"Walaupun tanpa pemain utama, Selangor masih mempunyai pemain berkualiti dan berbekalkan komitmen mereka dan kelebihan bermain di tempat sendiri serta bijak menggunakan peluang yang dicipta, saya rasa kita mampu mengutip tiga mata dan seterusnya mara ke suku akhir.

"Penjaga gawang, Mohd. Hamsani Ahmad yang masih belum pulih daripada kecederaan akan digantikan Mohd. Iqbal Suhaimi.

"Kecederaan Hamsani semakin baik tetapi saya akan rehatkan dia dahulu dan menggantikannya dengan Iqbal berdasarkan prestasinya yang baik di Paroi dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA lepas," kata- nya.

Sementara itu, ketua pasukan Victory SC, Sabah Mohamed Ibrahim yakin pasukannya akan memberikan aksi terbaik bagi mendapatkan mata penuh.

"Kami telah mengalahkan Selangor pada perlawanan pertama. Kami akan melakukanya sekali lagi esok.

"Kami tidak bercakap mengenai Piala AFC atau pusingan kedua dan jika kami tidak menang tiga mata, kami akan terus memberikan tenta- ngan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: