Tuesday, April 6, 2010

Afiq pasang hajat besar


Afiq


SELEPAS tamat Perlumbaan 1 dan 2 Kejuaraan Formula BMW Pacific 2010 di Litar Sepang kelmarin, pemandu Meritus- GP, Mohd. Afiq Ikhwan mula menanam azam baru.

Ketika ini, Afiq berada di tangga kelapan keseluruhan bagi kategori pemandu sele- pas mengumpul lapan mata.

Bagaimanapun, Afiq berazam memperbaiki prestasinya pada perlumbaan akan datang selepas mendapat peluang bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

"Saya sangat kecewa kerana gagal pada Perlumbaan 2 berpunca daripada kesila- pan pihak lain.

"Namun, setelah berjumpa dan berpelu- ang bercakap dengan Perdana Menteri, ia telah memberi saya satu inspirasi untuk terus berjuang dalam 13 lagi siri perlum- baan seterusnya.

"Saya sangat teruja apabila berjumpa dengan beliau (Najib) dan akan mengingati pesanan beliau mengenai pentingnya bagi pasukan Malaysia untuk memberikan yang terbaik dalam kejohanan ini," kata Afiq yang mendapat tajaan biasiswa daripada Meritus-GP.

Sementara itu, ketua pasukan Meritus GP, Firhat Mokhzani berpuas hati dengan pencapaian pasukannya yang kini berada di kedudukan kedua keseluruhan bagi kate- gori pengeluar dengan 46 mata.

"Secara keseluruhannya, saya lega dengan apa yang telah dicapai setkat ini. Saya juga berpuas hati dengan penampilan pemandu-pemandu kami yang cukup berbakat," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: