Tuesday, April 6, 2010

Red Bull tunjuk taring sebenar


VETTEL menjulang trofi selepas muncul juara GP Malaysia di Litar Sepang semalam.


KEJAYAAN 1-2 yang dicatat Red Bull pada perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia kelmarin membuktikan bahawa mereka adalah pencabar utama kepada Ferrari dan McLaren musim ini.

Setelah gagal pada dua saingan awal - GP Bahrain dan Australia sebelum ini, Red Bull dikatakan terdesak untuk memenangi perlumbaan pertama bagi kembali memberi cabaran dalam perebutan kejuaraan dunia.

Kali ini, pada saingan GP Malaysia di Litar Sepang, Sebastian Vettel berjaya menghadiahkan kejayaan penuh bermakna buat Red Bull apabila dia ditabalkan selaku juara,

Lebih manis, Mark Webber juga melengkapkan hari gemilang Red Bull dengan menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Vettel mendominasi perlumbaan sejak pusingan pertama lagi selepas dia berjaya memintas Webber yang bermula di petak hadapan.

Selain daripada 'insiden' dikejar rapat Lewis Hamilton sebelum pemandu sensasi McLaren itu memasuki pit menukar tayar, penguasaan Vettel dan Webber jelas tidak banyak dicabar oleh mana-mana pemandu lain.

Pemandu Mercedes GP, Nico Rosberg yang bermula di petak kedua, turut berada dalam 'zon selamat' apabila dia berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Walaupun saingan GP Malaysia tidak memihak kepada dua pasukan handalan, Ferrari dan McLaren, namun pemandu kedua-dua pasukan itu masih berjaya mencuri tumpuan.

Hamilton mempamer kehebatan sebenarnya apabila dia yang bermula di petak ke-20, berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keenam selepas memintas enam pemandu lain pada pusingan pertama.

Begitu juga dengan pemandu Ferrari, Felipe Massa yang bermula di petak ke-21, namun masih berjaya menamatkan saingan di tempat ketujuh di belakang Hamilton.

Seorang lagi pemandu McLaren, Jenson Button turut berjaya memperbaiki kedu- dukan apabila menamatkan saingan di tempat kelapan selepas bermula di petak ke-17.

Namun, malang menimpa dua bekas juara dunia, Michael Schumacher dari Mercedes GP dan Fernando Alonso (Ferrari).

Schumacher yang bermula di petak kelapan, berpeluang mencatat kejayaan podium pertamanya musim ini.

Namun, masalah enjin jentera Mercedes GP memaksanya menarik diri ketika dia berada di tempat keenam.

Alonso pula berjaya memberi saingan kepada Button sepanjang perlumbaan, namun ketika memasuki pusingan ke-55, jentera pemandu Ferrari itu pula mengalami masalah, sekali gus menyebabkan dia terpaksa berpuas hati di tempat ke- 13.

Perlumbaan di Litar Sepang kelmarin juga merupakan satu lagi pertarungan me- narik di antara empat pasukan baru dalam kancah F1.

Wakil Malaysia, Lotus Racing gagal menepati jangkaan peminat tempatan untuk mencipta kejutan.

Jarno Trulli sekadar menamatkan saingan di tempat ke-17 dengan ketinggalan lima pusingan di belakang Vettel.

Heikki Kovalainen pula mengalami nasib lebih malang apabila gagal menempat- kan diri dalam senarai kedudukan pemandu selepas tamat GP Malaysia setelah dia ketinggalan 10 pusingan daripada Vet- tel.

Sebaliknya, Virgin Racing muncul pasu- kan terbaik di kalangan pendatang baru pada saingan di Litar Sepang itu kelma- rin.




Meskipun mengalami kerosakan di bahagian sayap depan ekoran pelanggaran dengan Kovalainen, Lucas di Grassi masih mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 - pencapaian terbaik Virgin setakat ini.

Pemandu Hispania Racing, Karun Chan- dhok turut berjaya mengatasi pasukan Lo- tus apabila berana di tempat ke-15 mana- kala rakan sepasukannya, Bruno Senna di tempat ke-16.

GP Malaysia juga pasti memberi kena- ngan paling bermakna buat pasukan Force India.

Pemandunya, Adrian Sutil berjaya menyambar petak keempat pada sesi kelaya- kan dan mengekalkan gaya pemanduannya untuk menghadiahkan pasukan dari India itu mata pertama dalam F1 dengan menduduki tempat kelima.

Begitupun, GP Malaysia boleh diibarat- kan mimpi yang mungkin sukar dilupakan bagi Vitaly Petrov (Renault), Vitantonio Liuzzi (Force India), Kamui Kobayashi (BMW), Timo Glcok (Virgin) dan Pedro de la Rosa (BMW).

Kesemua pemandu itu turut menerima nasib yang sama dengan Schumacher apabila terpaksa keluar daripada perlumbaan ekoran masalah teknikal pada jentera masing-masing.

Dengan berakhirnya perlumbaan paling dramatik itu kelmarin, kedudukan dalam perebutan kejuaraan dunia bagi kategori pemandu dan pengeluar juga berubah.

Massa masih mendahului kategori pemandu dengan 39 mata diikuti Alonso dan Vettel yang terikat 37 mata, Button (35), Hamilton (31) dan Kubica (30).

Bagi kedudukan pengeluar dunia pula, Ferrari masih mendahului dengan 76 mata, namun McLaren menghampiri dengan 66 mata diikuti Red Bull (61), Mercedes GP (44) dan Renault (30).

Tirai F1 bagi pusingan keempat akan berlangsung pada GP China yang bermula 17 hingga 19 April ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: