RIYADH - Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi semalam melarang semua kereta di negara itu untuk dicat dengan warna pasir atau kelihatan seperti berdebu bagi mengelak kekeliruan dan kes penyamaran sebagai kenderaan tentera.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, ketua pengarah keselamatan telah berbincang dengan beberapa pakar ketenteraan yang bersetuju warna itu perlu diharamkan ekoran timbul banyak salah faham di kalangan masyarakat tempatan.
Warna debu amat popular digunakan sekian lama untuk kereta yang bergerak bagi perjalanan jarak jauh sehingga terpaksa melalui kawasan padang pasir di negara itu selain melindungi permukaan badan kereta daripada berkarat.
Namun, warna itu mula menjadi pilihan ramai remaja di Arab Saudi bagi perlumbaan jalanan dengan menyembur cat berwarna kelabu yang seakan-akan pasir dan mendapat permintaan tinggi di kebanyakan bengkel kereta.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: