Safiya Stephanie
KUALA LUMPUR: Isteri Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 32, dilaporkan mengalami kesan trauma yang teruk susulan penahanan suaminya mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 atas dakwaan memiliki dadah.
Difahamkan, Safiya Stephanie, 27, juga tidak sanggup keluar rumah kerana bimbang dicemuh masyarakat, termasuk difitnah bersubahat.
Berikutan itu, beliau dan anak tunggalnya, Firdauz Juan, 4, tidak pernah kelihatan setiap kali pelakon berkenaan dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan Ibu pejabat Polis Kontingen (IPK) berhubung kes berkenaan.
Safiya juga dikatakan tidak pernah melawat suaminya sepanjang ditahan di Pusat Tahanan Reman, Bukit Jalil sebelum ini.
Ibu mentuanya, Azean Irdawaty ketika menghubungi Berita Harian, berkata bukan menantunya itu tidak menyayangi suaminya tetapi sikap masyarakat yang memaksanya bertindak demikian.
“Isteri mana tidak sayang suami. Kak Yan pasti dia dan anaknya merindui Benjy. Namun, apa pilihan yang mereka ada. Jika ke mahkamah atau balai (polis), belum tentu boleh jumpa dan macam-macam orang cakap nanti,” katanya.
Lebih menyedihkan, beliau berkata, menantunya yang bekerja sebagai guru tadika turut diberhentikan majikannya tanpa dinyatakan sebabnya, namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan kes Benjy.
“Dia diberhentikan kerja tanpa alasan kukuh. Bila sampai ke pejabat (tadika), dia terus dapat surat berhenti. Ini sekali gus menyebabkannya kehilangan sumber pendapatan, termasuk untuk menyara anak mereka.
“Malah, menantu dan cucu Kak Yan turut dihalau dari rumah sewa mereka di Jalan Segambut kononnya atas alasan kes itu yang mendapat liputan meluas media menjejaskan reputasi pemilik rumah itu,” katanya sambil menahan kesedihan.
Azean mengakui terpaksa menjaga segala keperluan menantu dan cucunya walaupun beliau sendiri sudah kehilangan sumber pendapatan kerana tidak lagi menerima tawaran berlakon apabila disahkan menghidap kanser payu dara tiga tahun lalu.
“Kak Yan sendiri pun terpaksa bergantung kepada sumbangan orang ramai. Bayangkan, bagaimana Kak Yan mampu menampung perbelanjaan menantu dan cucu dengan sumber kewangan yang terhad ini.
“Duit menjamin Benjy pun kawan-kawan yang tolong. Kak Yan sedih mengapa masyarakat mahu menghukum menantu dan cucu Kak Yan yang tiada kaitan langsung dengan kes ini. Lagipun, Benjy belum dibuktikan bersalah dan kes masih berjalan,” katanya.

Banyak sangat perlakuan artis yang sumbang.
ReplyDeleteApakah layak mereka dijadikan idola
Kak Yan saya bersimpati dgn nasib yg menimpa kak Yan sekeluarga, moga-moga allah memberi jalan keluar dalam kes ini. inshallah. Buat Kak Yan banyak banyak bersabarlah ya. Keluarga kami pernah dibunoh, dihina & dicerca. Inshallah tuhan akan bersama dgn orang bersabar. drp Keluarga Memali, Kedah.
ReplyDeleteanyway sabar atas dugaan iniapa pun dia bapak kpd anak yg tak berdosa.bapaknya biar dia berjawab dgn ALLAH.ok
ReplyDeletemasyarakat skarang pentingkan diri sendiri..benjy buat hal,biarlah mahkamah menentukanya jgn la hukum anak & isteri dia,fikirlah sikit bro....
ReplyDeletedan buat benjy,AKU SALUTE kau bro,jgn ambik kesah apa org nak cakap,hidup skarang smua kena ada duit,masukk tandas kena byr rm2..... DAN BUAT SMUA PBACA,BENDA TU(SYABU,ICE,BATU,HIT)HARAM SBAB TAKDE CUKAI KERAJAAN,KALAU ADE CUKAI,DAH LAMA ADA IKLAN KAT TV...,MCM ROKOK,KEMPEN TAKNAK ROKOK SELURUH MALAYSIA BGEMA..TAPI MSH GAK ROKOK DIJUAL SBBnya? CUKAI....CUKAI ROKOK NO1 BAGI KUNTUNGAN MALAYSIA IAITU RM52JUTA SBULAN.. FIKIR2 KAN LAH..
lain kali kalau nak buat salah fikir 2 kali..........
ReplyDeleteaku rasa isteri benjy malu dengan masyarakat kat luar tu x sanggup bertentang mata dgn jiran2 dan masyarakat kat luar dgn apa yang telah terjadi.. ditangkap pun dengan teman wanita, x tahulah bagaimana perasaan isterinya tuhan saja yang tahu
ReplyDeleteaku akui masyarakat memang pentingkan diri, ialah siapa yang sanggup susah hanya kerana nak bantu orang lain .. tuan rmh tu , takut dikatakan bersubahat nanti turun naik mahkamah pulak ..
xpee..sabo je...tp ingat,x semistinye dok kat pemulihan le jdi baik!mcm bende jhat ley blaja kat sne.
ReplyDeletebodohla anon yang atas tu.. ada ka dia kata syabu tu semua sebab tak kutip cukai tu sebab jadi haram.. serius bodoh gila anon tu.. cakap benda yang tak tau... bengong... lain kali jgn cakap la kalau tak tau.. dah tentu benda tu dadah.. bodohnyaaaaaaaaaa.. punya la benci kerajaan sampai dadah pun kena kutip hasil cukai.. bodohhhhhhhhhhhhh... sedangkan kerajaan dah byk membantu.. pi duk negara yg halal syabu la... bodohnyer anon
ReplyDeletemmg bodohhh anon kt atas tu...dia subahat & isap dadah gak tu y dia sokong org jual dadah...bodo...wpe nk kutip cukai klo terang2 bda tu dadah...azean pun ckit2 nk ungkit sal dia sakit...o.len xsakit ke??? rumah besar...jual la umah tu, g sewa umh kcik lak...dh2 la sebut sal kanser tu...rmai lg kt lua tu y tenat tp xdpt sumbangan pun..!!
ReplyDeletenak komen tak pikir...nak sokong tak bertempat...punya la benci kerajaan...tak pikir ke malaysia bertuah sgt...aman..cuba klu lagi ramai yang menjual dadah..sah2 la ramai samseng..tu yang jual..yang membelinya...sah2 la bukan yang baik...sokong pun biar la bertempat...salah tetap salah...bersyukurlah selagi bernyawa...
ReplyDeletebuatpa cerita pasal benjy punya salah. itu dah lepas. org cerita pasal masyarakat yang sabitkan mak, anak, bini dia. patutnya pikir la penyelesaian. bantu yang tak terdaya. bukan sibuk tuding jari. adoiyai.
ReplyDeletekalo betul pun benjy buat hal, jangan la libatkan wife dia lak..orang pun cari rezeki gak...inilah masalah masyarakat...bila orang dah nak cari rezeki halal, diberhentikan pulak tanpa sebab yang munasabah...mane taknye orang buat keje haram...
ReplyDeleteaha lah... yang salah benjy.. kenapa bini, anak dan emak yang tak bersalah di maki herdik oleh masyarakat kita...pikirkan yaa!!
ReplyDelete