Thursday, April 22, 2010

Ruang udara Eropah mula dibuka


SEBUAH pesawat mendarat di Lapangan Terbang Heathrow
di barat London semalam.


LONDON - Ruang udara Eopah kembali dibuka untuk penerbangan selepas letusan gunung berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull di Iceland sejak 14 April lalu yang mengakibatkan kerugian sebanyak AS$1.7 bilion (RM5.44 bilion).

Menurut agensi kawalan trafik udara Eropah, Eurocontrol, tiga perempat atau 21,000 penerbangan yang dijadualkan di Eropah bakal memulakan kembali perkhidmatan.

Agensi itu bertanggungjawab mengkoordinasikan trafik udara di benua tersebut apabila semua hab udara Eropah mula dibuka dan beroperasi semalam.

Ruang udara Helsinki Finland dan kepulauan Orkney dan Shetland Scotland bagaimanapun ditutup semula buat sementara waktu kerana tahap awan abu yang masih tebal.

Namun, larangan penerbangan terakhir di ruang udara Norway, Denmark dan Sweden telah ditarik balik sepenuhnya.

Ketika awan abu masih berterbangan, seorang pakar gunung berapi yang menjadi penasihat kepada Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan pihak berkuasa Eropah tidak mempunyai pilihan selain menutup ruang udara mereka.

"Itu merupakan satu-satunya tindakan yang boleh diambil," kata Presiden Persatuan Gunung Berapi Eropah, Henry Gaudru.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: