|
|
LONDON - Pemimpin Parti Konservatif yang menjadi pembangkang di Britain, David Cameron dibaling dengan sebiji telur semasa dia berhenti berkempen di barat daya England semalam.
Telur itu terkena bahunya semasa beliau meninggalkan sebuah Kolej Cornwall di bandar Saltash.
Cameron menyatakan kejadian itu yang pertama sepanjang kempennya.
Beberapa saksi memberitahu bahawa telur itu dibaling oleh seorang lelaki muda.
Pekerja parti menyatakan lelaki tersebut telah ditangkap tetapi dilepaskan selepas mendapati dia tidak lagi mempunyai telur.
Cameron turut diikuti oleh seorang wartawan akhbar yang memakai maskot ayam.
Akhbar Daily Mirror yang menyokong Parti Buruh menyifatkan Cameron takut untuk menjawab soalan-soalan yang sukar.
Pilihan raya umum Britain bakal berlangsung pada 6 Mei depan.
Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri Gordon Brown dianggap sukar untuk mengekalkan kuasa.
Ia dicabar sengit oleh Parti Liberal Demokrat yang diketuai Nick Clegg dan Parti Konservatif.
Buat pertama kali dalam tempoh 103 tahun, Parti Liberal Demokrat pimpinan Nick Clegg menduduki tempat pertama dalam satu tinjauan pendapat mengenai parti pilihan pengundi mengatasi Parti Konservatif dan Buruh.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: