GENEVA - Bagi golongan hartawan, cara terbaru untuk keluar dari fenomena awan abu yang disebabkan oleh letusan gunung berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull, Iceland yang membuatkan jutaan penumpang terperangkap di seluruh dunia ialah dengan menaiki jet peribadi.
Pengendali jet peribadi yang sebelum ini mengalami permintaan rendah berikutan kemelesetan ekonomi mengambil peluang keemasan tersebut dengan menggunakan akses istimewa di beberapa buah lapangan terbang yang dibuka.
"Kami menerima panggilan dari pukul enam pagi hingga tengah malam," kata pengasas LunaJets SA yang berpengkalan di Geneva, Eymeric Segard.
Syarikat itu menyaksikan peningkatan permintaan sebanyak 50 peratus berbanding minggu sebelumnya.
Kos perjalanan satu hala bagi sebuah jet dengan kapasiti 15 tempat duduk dari London Luton ke Teterboro, New York, Amerika Syarikat (AS) ialah AS$33,400 (RM106,880).
Sementara itu, jet 12 tempat duduk dari Boston AS ke Santiago de Compostela, Sepanyol dikenakan caj AS$53,500 (RM171,200).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: