PATTANI - Dua letupan bom berasingan yang berlaku di selatan Thailand semalam menyebabkan seorang anggota polis terbunuh dan 60 orang awam lain cedera.
Polis berkata, dua penyerang yang menaiki sebuah motosikal melontar sebuah bom tangan M-67 ke arah sekumpulan anggota polis yang berhimpun untuk mendengar amanat kerajaan di balai polis di wilayah Patani.
Berikutan kejadian itu, seorang terbunuh manakala 43 orang yang lain cedera.
Katanya lagi, beberapa minit kemudian, sebuah bom lain seberat 20 kilogram yang disembunyi di dalam sebuah kereta terletak sejauh 50 meter dari balai polis tersebut meletup sekali gus mencederakan 17 orang dan merosakkan 10 kenderaan lain.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: