|
|
KESIHATAN dan kecantikan sering berhubung rapat. Kulit yang cantik tidak semestinya sihat jika kita tidak menjaganya. Kandungan yang berkualiti amat penting untuk menjamin kesan positif pada kulit. Lebih-lebih lagi berhadapan dengan cuaca yang panas, anda memerlukan perlindungan pada wajah.
Selain perlindungan sinar UV, wajah memerlukan cecair yang mencukupi agar ia sentiasa kelihatan lembap. Ramai yang keliru antara lembap dan berminyak.
Wajah yang lembap kelihatan lebih segar dan tidak kering. Kulit lembap juga lebih anjal dan lembut. Walaupun mencecah usia 40-an, kulit masih kelihatan muda. Mungkin anda belum pernah mendegar tenaga dan kecantikan yang segar dan inovatif Hydro Boost. Teknologi ini menambahkan kelembapan kulit dan membina semula 'perlindungan' kelembapan semula jadi kulit dari dalam ke luar dengan bahan-bahan khas yang terpilih.
Bagi mengelak kulit menjadi kusam, inovasi ini menggunakan ekstrak minyak zaitun dan lain-lain bahan semula jadi untuk mengekalkan kelembapan, menghasilkan semula lapisan pelindung untuk mengelakkan kehilangan air. Hasilnya, kulit yang lebih bertenaga dan berseri dari dalam kulit. Selain itu, bahan utama rangkaian ini ialah Asid Hyaluronic tulen yang mampu menyimpan air sehingga 1000 kali berbanding beratnya untuk mempertingkatkan kelembutan dan keanjalan kulit.
Baru-baru ini, Neutrogena® telah memperkenalkan rangkaian produk menggunakan Hydro Boost. Ia khusus membantu wanita mendapatkan kelembapan jangka masa panjang.
Rangkaian Neutrogena® Hydro Boost™ yang terdiri daripada pelembap, pembersih, esen, losen pembersih dan topeng wajah merupakan rangkaian produk yang melembapkan kulit dengan formula inovatif yang melembapkan sel-sel kulit hingga 12 jam.
Rangkaian ini merupakan teknologi penjagaan kulit proprietari kami yang mengisi jurang pasaran kelembapan kulit menerusi tindakan berganda dalam menambah dan membina semula kelembapan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: