|
|
LEBIH mesra dengan panggilan Nolli di kalangan ahli keluarga, Manal mewakili gadis Arab masa kini yang berdikari, bijak dan bergaya.
"Saya suka mencuba segala peluang yang diberikan," katanya tatkala ditanya mengenai kualiti diri.
Memang benar, Manal seorang gadis yang berani, berkeyakinan dan bijak berkata-kata. Dia juga mudah bergaul dengan sesiapa.
Bercita-cita menjadi usahawan wanita berjaya, dia baharu saja menamatkan pengajian dalam bidang Pemasaran Peniagaan di salah sebuah kolej swasta di ibu negara.
Dunia fesyen menjadi pilihan, lantaran Manal ingin melakukan sesuatu yang dekat dengan dirinya.
Kala ditanya mengenai fesyen yang diminati, dengan yakin dia memberitahu suka kepada sesuatu yang glamor tetapi tidak meminggirkan nilai tradisional, namun mahu kelihatan moden.
Manal turut berkongsi minat mengenai kegilaannya terhadap beg berjenama seperti Juicy Couture, Fendi dan sebagainya.
"Bukan untuk membangga dengan barangan berjenama, namun bila memikirkan kualiti dan ketahanan, rasanya berbaloi memilikinya," kata Manal yang mempunyai berbakat dalam belly dance ini.
Turut mengenakan haruman setiap kali keluar rumah, gadis ini berminat dengan jenama One Drop Perfumes yang menurutnya sangat berpatutan dan sesuai bagi remaja.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: