Wednesday, April 21, 2010

Penari resah Patpong lengang


BEBERAPA gadis bar menari di kawasan Patpong, Bangkok kelmarin.


BANGKOK - Gadis-gadis teman sosial di Patpong kebosanan setelah kawasan itu yang popular dengan kelab seks dan tarian bogel lengang ekoran krisis politik sehingga menyebabkan tentera Thailand dikerah berkawal untuk menghalang perhimpunan tunjuk perasaan antikerajaan.

Kumpulan pengunjung tetap seperti pelancong seks dan warga asing tidak kelihatan pada waktu malam di Patpong.

"Saya memiliki bar ini selama lima tahun dan perniagaan kali ini paling teruk," kata Pungpoyn Thambun, 40, di bar Kiss yang menyaksikan cuma segelintir pelanggan menonton wanita berpakaian bikini menari di pentas.

"Disebabkan penunjuk perasaan antikerajaan, ramai pelancong asing tidak datang ke tempat ini," tambahnya.

Pasukan tentera yang lengkap bersenjata dikerahkan ke tengah Bangkok bagi menghalang penunjuk perasaan antikerajaan yang memakai baju berwarna merah daripada memasuki kawasan kewangan, berhampiran Patpong, di ibu negara Thailand itu.

Penunjuk-penunjuk perasaan itu yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra menuntut supaya Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva meletakkan jawatan, Parlimen dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan dengan segera.

Selain hiburan dewasa, Patpong turut popular dengan pasar malam yang menjual pelbagai barangan termasuk beg tangan wanita dengan harga murah dan cakera video digital (DVD) cetak rompak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: