Wednesday, April 21, 2010

Kelas aerobik ditangguhkan kerana buaya


GAMBAR menunjukkan seekor buaya kecil berenang di dalam sebuah resort di Darwin baru-baru ini.


DARWIN, Australia - Kelas aerobik air di sebuah resort sini semalam terpaksa ditangguhkan selepas seekor anak buaya ditemui berada di dalam kolam renang resort berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Reptilia air tawar sepanjang 1.5 meter itu ditemui oleh beberapa pekerja resort tersebut semasa mereka melakukan pemeriksaan keselamatan kira-kira 30 minit sebelum kelas senaman melibatkan sekumpulan wanita bermula, baru-baru ini.

Pengurus resort berkenaan, Geoff Thompson berkata, kumpulan wanita tersebut tidak berminat untuk bersenam aerobik dengan buaya memerhatikan gelagat mereka.

"Ia tidak mahu keluar dari kolam itu dan salah seorang renjer kami terpaksa menangkapnya dengan menggunakan jaring dan diserahkan ke sebuah taman hidupan liar," kata Thompson.

"Ia buaya liar dan mungkin menyusup masuk dari paya," tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: