|
|
KABUL - Tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang diketuai Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan semalam mengutuk Taliban kerana menyiarkan rakaman video terbaru seorang askar AS yang ditawan untuk dijadikan tawaran pertukaran tahanan.
Klip video di laman web YouTube itu menunjukkan wajah Prebet Kelas Pertama, Bowe Bergdahl yang ditawan pada 30 Jun tahun lalu, merayu supaya dia dibebaskan.
Askar AS itu kini berjanggut dan kelihatan kurus serta memakai jaket tentera.
"Tolong bebaskan saya. Perang ini tidak berbaloi kerana banyak menyebabkan kematian manusia di pihak AS dan Afghanistan," kata askar itu sambil menahan sebak.
"Saya mahu pulang ke pangkuan keluarga. Pada setiap hari, saya mengimpikannya. Tolong bebaskan saya. Saya merayu kepada anda (tentera AS) tolonglah bawa saya pulang," tambahnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: