Monday, April 19, 2010

Pameran tenunan Diraja Pahang


TUNKU AZIZAH (dua dari kanan) yang diiringi Ibrahim (kanan) meluangkan masa melihat salah sebuah keranda yang dipamerkan semasa kunjungannya ke Muzium Negara semalam.


KUALA LUMPUR - Koleksi eksklusif dan hasil tenunan peribadi Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan menjadi tarikan utama Pameran Khas Tenun Diraja Pahang di Muzium Tekstil di Jalan Sultan Hishamuddin di sini pada 26 Jun hingga 31 Ogos ini.

Tambah menarik, koleksi tenunan kain keluarga Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak turut dipamerkan melalui hasil tenunan dengan corak klasik berusia ratusan tahun.

Tunku Azizah yang bertindak sebagai kurator pameran itu bertitah, baginda juga akan membawa rekaan warga emas dari Pahang yang mahir bertenun selain hasil kerja tangan ibu-ibu tunggal dan 25 orang banduan.

"Saya dan Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi Pengerusi Bersama Badan Tenunan Diraja Pahang ingin menghidupkan kembali seni tenunan bagi mengelak ia lenyap.

"Tenunan Diraja Pahang sangat unik, ada pengaruh Bugis dan saya juga akan tunjukkan juga reka dan corak tenunan yang saya buat sendiri," titah baginda selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail di Muzium Negara di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: