Monday, April 19, 2010

Dari Seremban rompak di Melaka

MELAKA - Tindakan seorang pemandu teksi yang curiga melihat penumpangnya yang tercungap-cungap ketika masuk semula ke dalam teksi yang menunggunya membuka rahsia apabila penumpangnya itu rupa-rupanya perompak.

Sebelum kejadian pada pukul 4.30 petang, pemandu teksi berusia 40-an telah mengambil seorang penumpang lelaki di Seremban, Negeri Sembilan dan menurunkan penumpang itu di Jalan Bendahara di sini tidak jauh dari sebuah kedai emas di situ.

"Penumpang itu meminta pemandu teksi itu menunggunya di situ dan memaklumkan dia akan datang semula untuk menaiki teksi tersebut," kata jurucakap polis di sini semalam.

Selepas beberapa minit penumpang itu keluar dari teksi itu, pemandu teksi berkenaan terkejut melihat penumpangnya yang berusia 40-an itu tergesa-gesa masuk ke dalam teksinya.

"Melihat penumpangnya yang penat 'luar biasa' menyebabkan pemandu teksi itu mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena.

"Pemandu teksi itu melengah-lengahkan perjalanan sehingga pemilik kedai emas datang dan menahan penumpang itu yang didakwa telah mencuri tiga utas rantai emas," kata jurucakap polis itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: