KUALA LUMPUR - Pengeluar perisian antivirus milik syarikat bumiputra, Ikonasoftware (M) Sdn. Bhd. (Ikonasoftware) bakal memasarkan produk unggulnya, Ikona MAPS V6 dengan menyasarkan jualan sebanyak 1 juta unit bagi tempoh setahun bermula Julai ini.
Timbalan Presidennya, Amran Wahab berkata, sasaran utama Ikona MAPS V6 adalah syarikat korporat dan mereka yang terlibat dalam perniagaan Industri Kecil dan Sederhana.
"Ikona MAPS V6 adalah revolusi baru antivirus komputer yang mampu menjimatkan kos dalam semua aspek kerana ia adalah produk pertama di dunia yang tidak perlu dikemas kini dan di luar talian (stand alone).
"Buat masa ini, kami sedang melantik pengedar di seluruh negara bagi membantu memasarkan Ikona MAPS V6 dengan lebih teratur," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Menurut Amran, walaupun belum berada di pasaran, Ikona MAPS V6 telah pun mendapat tempahan hampir dua juta unit daripada beberapa agensi kerajaan, swasta dan beberapa negara di Eropah dan Timur Tengah.
Katanya lagi, perkembangan ini dilihat sebagai sesuatu yang sihat lebih-lebih lagi, Ikona MAPS V6 adalah produk buatan Malaysia yang diilhamkan oleh anak tempatan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: