SUNGAI PETANI - Biarpun terpaksa pulang awal selepas khuatir berlaku tsunami ekoran gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Ritcher yang melanda Aceh, Indonesia, nelayan di Kota Kuala Muda, dekat sini tetap tersenyum lebar selepas pulang dari laut semalam.
Manakan tidak, kira-kira 300 nelayan pantai di situ membawa pulang hasil tangkapan yang lebih banyak walaupun tempoh berada di laut lebih singkat daripada biasa.
Mereka turun ke laut kira-kira pukul 5.30 pagi semalam dan pulang seawal pukul 9 pagi berbanding hari biasa sekitar tengah hari.
Seorang nelayan, Md. Zahir Yahya, 43, gembira kerana mampu mendaratkan lebih 70 kilogram (kg) ikan kembung berbanding purata 50 kg pada hari lain.
"Tangkapan udang juga bertambah lebih sekali ganda daripada biasa. berbanding hari biasa. Tak pasti ia ada kaitan dengan kejadian gempa bumi atau sebaliknya," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Md. Zahir yang seronok untuk terus menangkap ikan, bagaimanapun segera belayar pulang selepas mendapat tahu mengenai amaran tsunami menerusi walkie-talkie.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: