Thursday, April 8, 2010

Sultan bersemangat jalani terapi


SULTAN turut meraikan hari jadi Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry (kanan).


KOTA BHARU - Sultan Kelantan semalam muncul dalam acara rasmi pertama baginda sejak gering hampir 11 bulan lalu untuk memberi isyarat bahawa baginda bersemangat untuk menjalani pemulihan daripada komplikasi masalah kesihatan yang dialaminya.

Tuanku Ismail Petra yang duduk di atas kerusi roda berwarna hitam dan menutup tangan baginda dengan kain berwarna kekuningan meluangkan masa lebih sejam meraikan anak-anak yatim dan kerabat diraja terdekat pada satu majlis jamuan petang di Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini petang semalam.

Baginda kelihatan realistik dengan keadaan kesihatan baginda, boleh mendengar dengar baik dan memahami apa yang berlaku di sekeliling. Mata baginda juga kelihatan berkelip-kelip.

Baginda juga sekali-sekala menggerak-gerak mulut apabila mahu bertitah tetapi butiran percakapan sultan berusia 60 tahun itu memerlukan konsentrasi untuk dituturkan.

Baginda yang mengalami masalah kesihatan sejak 14 Mei tahun lalu dapat membaca lirik lagu Kemesraan dan Menghitung Hari yang ditunjukkan kepada baginda pada majlis itu dan perlahan-lahan menyanyikannya dalam sesi karaoke.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: