|
|
PERNAH digelar 'Permaisuri AF' kerana menjadi peserta wanita pertama yang menjulang trofi juara Akademi Fantasia setelah program realiti TV itu masuk musim kelima, kini Mila semakin yakin untuk mentadbir wilayah muziknya.
Bertahun-tahun duduk di bawah naungan pihak lain, pertama Maestro, kemudiannya Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB), April 2010 menghadirkan episod baru dalam layar perjalanan Mila sebagai anak seni.
Tidak menyambung kontraknya dengan AESB, Mila bergerak sendiri di bawah syarikat miliknya, LuvMila Corperation. Bakal masuk studio 28 April nanti untuk rakaman single pertama untuk album keduanya, Mila juga dalam perkiraan melebarkan sayap syarikat untuk menjalankan bisnes muat turun lagu.
Dalam masa yang sama, tanggungjawab kepada masyarakat tidak dilupakan. Sedang melibatkan diri dengan Kempen I Knew bersama Kotex, Mila juga antara artis yang menyokong kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: